Cari Blog Ini

Jumaat, 23 Mac 2012

HALA TUJU LEPASAN SPM

 

  

KURSUS MATRIKULASI / ASASI SAINS / DIPLOMA ?

Keputusan SPM 2011 baru sahaja diumumkan. Tahniah dan syabas kepada calon-calon yang memperoleh keputusan yang cemerlang, dengan sekurang-kurangnya memperoleh  1A bagi mana-mana kertas yang diduduki. Calon-calon cemerlang sudah pasti sedang sibuk melawati mana-mana roadshow karnival program pengajian tinggi yang dikendalikan UPU. Calon-calon yang memperoleh pencapaian agak kurang memberangsangkan diharapkan tidak mudah berputus asa dan diharapkan  terus berusaha untuk memperbaiki pencapaian pada masa hadapan melalui peperiksaan STPM atau setaraf dengannya. 
Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.
Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau tidak menepati cita-cita asal. 
Asasi IPTA
Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Sayaariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. ManakalaUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi sayaarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Diploma IPTA
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi sayaarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Pilihan Anda
Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.
Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.
Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.
Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.
Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.
Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.
Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.
Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

Ahad, 10 Julai 2011

PROGRAM LARIAN 1 MALAYSIA : 1 MURID 1 SUKAN 
SEK. KEB. PERMATANG TOK DIK, 
09400 PADANG SERAI, KEDAH. 

TARIKH: 02 JULAI, 2011 ( SABTU )



Murid-murid sedang menunggu untuk memulakan larian 1 Malaysia
       
Sebelum memulakan larian, aktivti memanaskan badan dilakukan        
    
Guru-guru juga tidak ketiggalan menyertai larian 1 Malaysia   

Sila klik catatan lama untuk mengikuti bahan-bahan yang terdahulu. 

Terima kasih kerana sudi melawati blog ini. 
















Ahad, 19 Jun 2011

PANDUAN ASAS MEMBINA LAMAN BLOG SENDIRI





Dalam era globalisasi ini, pelayar internet mempunyai berbagai-bagai pilihan untuk berinteraktif dengan pelayar-pelayar internet yang lain. Laman Blog merupakan salah satu pilihan yang semakin diminati ramai. Beberapa peristiwa penting dunia telah membuktikan bahawa penggunaan laman sesawang, facebook dan blog telah memberi impak yang besar dalam perkembangan sosio-ekonomi global hari ini. 


Bahan penerangan berikut diambil dan disesuaikan daripada http://suhaimimd.blogspot.com


Jika anda seorang yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia blogging, di sini saya akan menerangkan secara ringkas bagaimana untuk membina sebuah blog menggunakan perkhidmatan blogger.com. Mungkin pada masa lain, saya akan menerangkan langkah pembinaan blog dari perkhidmatan lain pula. Atau anda boleh minta dari saya untuk menerangkan pembinaan blog pilihan anda. InsyaAllah saya akan cuba tunaikan permintaan anda.

Langkah 1: Pergi ke laman Blogger. Klik butang 'create your blog now'



Langkah 2: Lengkapkan maklumat diri;
  • alamat email
  • kata laluan
  • nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap pos.. posted by xxxxxx (namapaparan)
  • word verification - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera. Contoh di sini: Boyla
  • Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan

Setelah selesai, klik 'continue'

Langkah 3:
  • Isikan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Panduan Membina Blog merupakan tajuk blog ini.
  • Blog Address: tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.
  • Setelah selesai, klik butang 'continue'
MEMILIH BAHAN TEMPLATE 

Seterusnya anda hendaklah memilih template / rekaan blog yang disediakan, kemudiannya klik 'continue'
Maka dengan ini, anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog dan juga berjaya membina blog anda sendiri.
Maka dengan ini, anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog dan juga berjaya membina blog anda sendiri.


BAGAIMANA HENDAK MEMASUKKAN YOUTUBE KE BLOG ANDA?


  1. Masuk laman web youtube.com
  2. Pilih video yang anda ingin masukkan ke dalam blog anda
  3. Salin (Copy) code di bahagian Embed: < width="425" height="350">< name=".......">
  4. Tampalkan (Paste) kod tersebut ke dalam kod HTML posting anda.
KEMUDAHAN WORDPRESS

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, wordpress merupakan salah satu platform untuk membina blog. Tidak seperti blogspot, wordpress menyediakan 2 bentuk perkhidmatan dalam penulisan blog. anda boleh menulis blog terus melalui wordpress.com atau menggunakan domain anda sendiri. Wordpress.com menyediakan kemudahan hosting percuma dengan sub-domain kepada penulis blog. Jika anda sukakan lebih cabaran, anda boleh memuatturun (download) perisian blog dari wordpress.org dan menetapkannya mengikut citarasa anda sendiri.


Di sini, saya akan menerangkan secara ringkas, langkah-langkah membina blog menggunakan kemudahan percuma dari wordpress.com.


  1. Pergi ke laman wordpress.com
  2. Klik pada "start your free wordpress blog..."
  3. isikan maklumat yang diperlukan
  4. pastikan anda menanda bahagian "Gimme a blog". Username akan digunakan sebagai subdomain blog anda nanti. Tandakan juga bahagian "Legal flotsam:", bagi menandakan bahawa anda setuju dengan semua syarat yang diberikan. Seterusnya klik 'NEXT"
  5. Jika pendaftaran anda berjaya, satu lagi paparan akan disediakan dan anda dikehendaki mengisi tajuk blog yang anda ingin buat. dan seterusnya klik 'NEXT'
  6. Satu makluman akan keluar, di mana anda dikehendaki memeriksa email anda dan klik pada pautan aktivasi di dalam email tersebut untuk mengaktifkan blog anda.
  7. Apabila anda telah klik pada pautan tersebut, anda akan dibawa ke satu halaman yang akan memaparkan username dan password anda.
  8. Nah, blog anda dan pun siap, anda bolehlah menulis blog anda sekarang atau membuat sebarang tetapan bagi menceriakan lagi blog anda. anda hanya perlu login menggunakan username dan password yang telah diberikan.































































MEMBUAT BACKUP UNTUK WIDGETS

Seterusnya, upload template yang baru. anda cuba menukar template blogger yang baru, akan keluar amaran yang mungkin menCEMASkan.

"Widget are about to be deleted"
Pleasa confirm that the following widget should be deleted. .....

Bagi newbie mungkin akan susah hati atau keliru. All data will be lost ... Nak confirm & save atau nak cancel??

Ini berlaku kerana dalam kod xml template yang baru hendak ditukar itu tiada widget yang dimaksudkan untuk dipadam itu. Jadi sebelum anda tukar template yang baru, pastikan anda telah membuat backup bagi keseluruhan template yang lama dengan cara klik pada Download Full Template.


Seterusnya, upload template yang baru. Apabila amaran yang menCEMASkan itu keluar, klik sahaja CONFIRM & SAVE.

Kemudian, anda perlu pergi ke bahagian >>Layout >> Edit HTML dan klik ruangan Expand Widget Templates

Buka semula fail template lama yang telah dimuatturun tadi dengan menggunakan wordpad atau notepad dan cari kod seperti berikut :
copy kod bermula dari hingga salin kedalam template yang baru selepas mana-mana yang sedia ada.Ulang sehingga siap semua widget yang telah dipadam.

TAGS:

Tags berfungsi untuk memudahkan navigasi dalam usaha mencari maklumat dalam sesebuah blog. Dengan kata lain, tag adalah seperti satu kata kunci (keyword). Tag juga boleh disimpulkan sebagai kategori, dimana pembaca boleh klik pada tag yang dikehendaki dan hasil cariannya akan memaparkan tulisan yang ditanda dengan tag itu sahaja. Ini dapat memudahkan pembaca untuk mencari maklumat di dalam blog tersebut. Di dalam blogspot, tag juga dikenali sebagai label.

Semua sedia maklum bahawa blog yang dihasilkan adalah supaya ada pembaca. Kadang-kadang orang ramai tidak mengetahui kewujudan blog anda. Jika orang tidak tahu, macam mana orang nak buka blog anda. Jadi, anda perlulah berikhtiar untuk menghebahkan blog anda kepada umum.

Anda boleh gunakan berbagai cara untuk menghebahkan mengenai blog anda. Antaranya ialah:



Jumaat, 17 Jun 2011

UUM PPG KOHORT 1 / 2011

Tahniah kepada semua rakan-rakan guru yang telah terpilih mengikuti Program Pensiswazahan Guru, berpusat di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. 

Pada pagi sabtu, 19.03.2011 kelihatan kereta berpusu-pusu menuju ke utara. Ada yang datang bersama keluarga, tidak ketinggalan anak kecil dan teman-teman. Ada yang datang berkongsi kereta.  Selepas melalui tol Hutan Kampung, kelihatan kereta masing-masing meluru laju. Masing-masing menuju ke suatu arah yang sama, Utara.  Selepas membelok ikut arah UUM Sintok, semua kenderaan tadi berbaris panjang di sepanjang laluan lebuhraya itu. Sebaik sahaja tiba di pintu gerbang UUM, tanpa disedari kelopak mata ini bergenang menjadi seakan bersilau.. dan setitis demi setitis air jernih itu menjurai jatuh ke riba. 

Perasaan teruja tidak dapat hendak diceritakan. Hari ini aku sudah melangkah kaki memasuki dunia baru. Sudah berbelas-belas tahun lamanya tidak mengadap mana-mana pensyarah, memasuki mana-mana dewan kuliah atau mengadap buku-buku ilmiah. Aku terus dibuai perasaan. Semangat berkobar-kobar dan perasaan ragu-ragu datang silih berganti. "Bolehkah aku menjadi siswa di sini?"  Bagaimanapun lamunan itu terhenti sejenak apabila suamiku bertanya, "kita nak ikut laluan mana?"  "Kita ikut sahaja kereta di depan tu. Rasa-rasanya, mereka pun hendak ke situ.."  

Deretan kereta berhenti di kawasan parkir yang luas. Setelah dua jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Masih awal. Seorang demi seorang keluar dari kenderaan masing-masing sambil tersenyum girang. Ada yang berpandangan antara satu sama lain. Ada yang bersapa salam. Soalan pertama yang terpacul, "Eh, tandas mana?" 

Pengalaman pertama menjejak kaki di UUM sememangnya amat menyeronokkan. Kami ditunjukkan arah tempat pendaftaran. Sementara urusan pendaftaran berlangsung, suami dan anakku mohon izin untuk ke tempat shopping. Katanya ke Varsity Mall. Selepas itu mungkin ke BKH. Aku biarkan mereka berlalu. Urusan pendaftaran dan taklimat pertama berjalan lancar. Sehinggalah lewat jam 5.00 petang, akhirnya semua siswa-siswi yang telah berdaftar itu keluar dari dewan kuliah dengan seribu wajah. Ada yang sudah tidak sabar berangkat pulang. 

Semua pulang dengan seribu satu persoalan.. 

Hah.. macam-macam hal yang sedang mencongak-congak dalam ruang kepala masing-masing.. 

DSCN0875





      
         

SELAMAT BELAJAR PPG KOHORT 1 UUM 2011. 

Semoga berjaya seperti gambar di bawah

studuum





        

Ahad, 12 Jun 2011

pautan terkini

Saya telah mengubah pautan dari http://myclass012.blogspot.com ke pautan baru seperti berikut

http://www.uum.edu.my/

Khamis, 9 Jun 2011

TUTORIAL CARA MEMBINA LAMAN BLOG

Membina laman blog adalah suatu pengalaman baru yang menyeronokan. Bagi pengguna yang masih baru dalam bidang ICT dan tercari-cari panduan ( seperti saya ), boleh dapatkan bimbingan daripada bahan tutorial berikut.

Sahabat blog saya, MSS210201 telah membantu saya mencari bahan yang mudah dan ringkas untuk diikuti.
Sila lawati : http://www.youtube.com/watch?v=UF4q0JSdhFE&feature=related

Terima kasih MSS210201 atas bantuan anda.
Mungkin rakan-rakan lain dapat manfaatkan bersama pengetahuan tersebut.

BAHAN DAN LATIHAN UNTUK KELAS PEMULIHAN KHAS.

Bukanlah suatu yang mudah untuk menyediakan satu koleksi bahan dan sumber rujukan bagi mengajar kelas pemulihan khas di sekolah rendah. Berkat kegigihan Cikgu Yusuf Mahmud, SK Sg Tengas, Kulim Kedah yang tidak mengenal erti jemu, beliau telah dapat menggunakan kemahiran ICT bagi membantu beliau mengajar kelas pemulihan khas di sekolahnya.



Sila rujuk pautan berikut:


http://uluskum.net/remedial/


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=




Semoga kita dapat memanfaatkan bahan yang beliau sediakan dengan sebaik mungkin.


Mahya bt Mahmud,
Kelas Pemulihan Khas SK Ptg Tok Dik, Kulim, Kedah.