Cari Blog Ini

Jumaat, 17 Jun 2011

UUM PPG KOHORT 1 / 2011

Tahniah kepada semua rakan-rakan guru yang telah terpilih mengikuti Program Pensiswazahan Guru, berpusat di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. 

Pada pagi sabtu, 19.03.2011 kelihatan kereta berpusu-pusu menuju ke utara. Ada yang datang bersama keluarga, tidak ketinggalan anak kecil dan teman-teman. Ada yang datang berkongsi kereta.  Selepas melalui tol Hutan Kampung, kelihatan kereta masing-masing meluru laju. Masing-masing menuju ke suatu arah yang sama, Utara.  Selepas membelok ikut arah UUM Sintok, semua kenderaan tadi berbaris panjang di sepanjang laluan lebuhraya itu. Sebaik sahaja tiba di pintu gerbang UUM, tanpa disedari kelopak mata ini bergenang menjadi seakan bersilau.. dan setitis demi setitis air jernih itu menjurai jatuh ke riba. 

Perasaan teruja tidak dapat hendak diceritakan. Hari ini aku sudah melangkah kaki memasuki dunia baru. Sudah berbelas-belas tahun lamanya tidak mengadap mana-mana pensyarah, memasuki mana-mana dewan kuliah atau mengadap buku-buku ilmiah. Aku terus dibuai perasaan. Semangat berkobar-kobar dan perasaan ragu-ragu datang silih berganti. "Bolehkah aku menjadi siswa di sini?"  Bagaimanapun lamunan itu terhenti sejenak apabila suamiku bertanya, "kita nak ikut laluan mana?"  "Kita ikut sahaja kereta di depan tu. Rasa-rasanya, mereka pun hendak ke situ.."  

Deretan kereta berhenti di kawasan parkir yang luas. Setelah dua jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Masih awal. Seorang demi seorang keluar dari kenderaan masing-masing sambil tersenyum girang. Ada yang berpandangan antara satu sama lain. Ada yang bersapa salam. Soalan pertama yang terpacul, "Eh, tandas mana?" 

Pengalaman pertama menjejak kaki di UUM sememangnya amat menyeronokkan. Kami ditunjukkan arah tempat pendaftaran. Sementara urusan pendaftaran berlangsung, suami dan anakku mohon izin untuk ke tempat shopping. Katanya ke Varsity Mall. Selepas itu mungkin ke BKH. Aku biarkan mereka berlalu. Urusan pendaftaran dan taklimat pertama berjalan lancar. Sehinggalah lewat jam 5.00 petang, akhirnya semua siswa-siswi yang telah berdaftar itu keluar dari dewan kuliah dengan seribu wajah. Ada yang sudah tidak sabar berangkat pulang. 

Semua pulang dengan seribu satu persoalan.. 

Hah.. macam-macam hal yang sedang mencongak-congak dalam ruang kepala masing-masing.. 

DSCN0875





      
         

SELAMAT BELAJAR PPG KOHORT 1 UUM 2011. 

Semoga berjaya seperti gambar di bawah

studuum





        

2 ulasan:

  1. sama2lah kita berusaha untuk menggenggam apa yang kita hajati....

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian ilmu dalam blog cikgu, mago saya boleh atasi masalah murid-murid yang tidak boleh membaca.

    BalasPadam